♕ hadis... ♕
Saturday, 12 September 2009, 00:00 ϟ 0
Rasullullah s.a.w bersabda:"Allah s.w.t telah berfirman (dalam hadis qudsi) "Hai anak Adam! Selama engkau masih berdoa dan berharap kepadaKu, Aku mengampuni bagimu akan segala dosa yang ada padamu dan Aku tidak peduli (walaupun dosa itu banyak sekali). Hai anak Adam! jikalau seandainya dosamu itu sampai ke atas awan yang ada di langit,kemudian kamu datang mengharapkan keampunan daripadaKu, nescaya Aku berikan keampunan kepadamu. Hai anak Adam! sesungguhnya jikalau engkau datang kepadaKu membawa dosa sepenuh bumi, kemudian engkau datang menemuiKu padahal engkau tidak mempersekutukan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku akan datangkan kepadamu sepenuh bumi keampunan"
Allah adalah Tuhan yang Maha pengampun lagi Maha mengasihani. Allah memberikan kerahmatan kepada hambanya. Allah memberikan nikmat kepada hambanya. Cuma manusia sahaja yang tidak menggunakan kesemua yang telah Allah berikan dengan sebaik-baiknya..
Dalam hadis yang lain:
"Bekerjalah untuk duniamu sekadar mana engkau akan tinggal di dalamnya, dan beramallah untuk akhiratmu sekadar mana engkau akan berada di sana. Dan beramallah kerana Allah sekadar mana engkau berhajat kepadaNya. Dan buatlah sebarang amalan yang akan memasukkan engkau ke dalam api neraka sekadar mana engkau sabar menahan seksaannya"
Sesungguhnya, sangat bertuah seseorang hamba itu jika mendapat rahmat dan hidayah daripada Allah.. Lebih-lebih lagi mendapat perlindungan Allah di hari perhitungan kelak..
Labels: Muhasabah diri..