♕ memory that no one can steal.. ♕
Wednesday, 18 November 2009, 14:09 ϟ 1
assalamua'laikum..
Kebosanan menyapa ku lagi hari ini. Duduk menghadap boyfriend menambahkan lagi rasa itu. Apa yang dapat aku buat ialah meluahkan segala-galanya kepada BFku ini. Lidah ku kelu seketika untuk memikirkan apa yang harus ku katakan kepadanya kerana semuanya telah tertulis di sini. Saat-saat inilah yang membuka kembali diary kenangan bersama-sama rakan-rakanku yang berada di Pahang. Juga ketika aku bersekolah di sk pelagat. Rindu akan saat2 itu. Aku juga tertanya-tanya, kemana sahabatku yang satu ini menghilang?? Sahabatku yang bernama sya izz itu sangat bermakna dalam kehidupanku. Apa yang membuatkan dia begitu istimewa juga aku tidak tahu. Ketiadaannya membuatkan aku jadi sunyi. Begitu juga dengan teman-teman yang lain. Sejak sekolah akan ditutup beberapa hari lagi, susah untuk melihat wajah mereka. Terima kasih kepada Adham kerana menghilangkan rasa bosan yang melampau ini walaupun seketika...
-Seperations are the wounds that you can heal,
but memories are the plesures that no one can steal-
Labels: jiwang jp..