♕ nothing 2 say ♕
Tuesday, 8 December 2009, 23:35 ϟ 0
Assalamua'laikum....
Sekarang, malas rasanya untuk update blog ni.. Tiada apa yang hendak dikatakan. Tiada cerita untuk dikongsikan. Hari-hariku dipenuhi dangan bahan bacaan yang dipinjam di maktabah ataupun membuat latihan matematik yang akhirnya menghilangkan mood aku untuk terus malakukannya hanya kerana jawapan yangku berikan adalah salah.! Huh.. Tapi, bagus juga kerana masa itu dapat ku luangkan untuk bersama adik-adikku yang kecil2 ini.
2010-
Tahun keramat buat kami,. Buat aku tentunya. Juga buat gsh. Semuanya akan menduduki peperiksaan awam PMR dan SPM. Budak tu hanya mengusik hatiku ketika melihat dia dan teman-teman membuat study group di maktabah. Aku sahaja yang tidak bersedia lagi.. OH.. Harapanku semoga aku dan teman-teman dapat menduduki peperiksaan dengan baik. InsyaAllah. Doakan kejayaan kami!
2010-form 3
Tahun depan, meningkat lagi umurku mencapai 15 tahun. Syukur kepada-Nya kerana telah mengurniakan aku rezeki dan umur yang panjang. Alhamdulillah.... Di sini jua inginku mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada sahabatku, Amni Aqilah dan sepupu, Fatimah Azahra yang akan mencapai umur 14 dan 12 pada 24 Disember 2009. Tak lupa kepada Syafiqa Izzati aka iZzhy, yang akan mencapai umur 14 juga pada 25 Disember 2009. Doaku agar mereka dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur... Kepada Sya iZz, nanti aku buat wish lagi ea.. don't worry.
2010
Aku harapkan agar ceritaku pada tahun ini akan bertambah baik dari 2009. Dari segi pembelajaran, persahabaan yang terjalin, telinga bebas dari mendengar aku dipadan-padankan dengan sesiapa walhal aku tahu bahawa aku ini bukan siapa-siapa. Hanya manusia yang mempunyai banyak kelemahan. Tiada persengketaan, dan semestinya dapat menghubungkan hubungan yang baik sesama pelajar...
SMKPD
Ramai kawan-kawanku yang sudah lama lama lama lama tidakku ketemu. Mungkin sudah 4 tahun. Ketika itu aku berpindah ke sini secara mengejut pada cuti penggal akhir tahun 2005. Kali terakhir aku melihat mereka adalah pada hari terakhir persekolahan. Dan sekarang baru dapat ku hubungi mereka. Kebanyakannya sudah tidak ingat,"Siapa Along???" hmm, tak apalah. Harap dapat berjumpa kamu semua lagi..
Rasanya tiada apa-apa lagi untuk dicoretkan. Sampai disini sahaja.
Labels: omelan.. cfa