♕ masam macam yogurt ♕
Wednesday, 15 December 2010, 08:38 ϟ 2
Okey, citer kali ni macam yogurt. Masam tapi best (kepada mereka yang suka), masam tapi ada banyak perisa. Masam tapi berkhasiat, cewah! (Cerita lama...)
Beberapa hari yang lalu, seperti yang dihebahkan dalam fb aku. Seperti yang telah dilakarkan dalam blog sya izz, seperti gambar2 yang telah diupload oleh para kengkawan, i'd went to gua musang for kem Perpaduan Kelab Rukun Negara 1 Malaysia pada 6 - 10 Disember yang lepas.
Aku taknak citer satu-satu, tapi secara keseluruhannya kiterorang memang enjoy! Walaupun penat coz perjalanan ke sana dalam 3-4 jam plus berhenti kat stesen minyak setengah jam, akhirnya sampai jugak kiterorang pada 6 haribulan tu. Actually, hari sebelum tu rasa malas je nak pergi, huhu. Bila sampai je, rasa seronok sangat, tengok bukit2 coz kat cni tak banyak bukit. Bukit Keluang ada la.Then takde jambatan gantung. Then takde sungai...(woargh! tipu la tu...)
Malam tu ada icebreaking. Kene tanggalkan kasut then letak kat tengah2. Abang hadi pon gaul-gaul secukup rasa. Pastu kene amik kasut tu cukup2 sepasang. Tak kirelah sapa2 punya pown. Nasib la amik yang ko punye ke, aku punye ke. Huhu. Then pakat ngan eda, okey ida amik along punya, along amik ida punya. Tapi seperti biasa, tak seperti yang dirancangkan. terlalu ramai yang bertolak2, nasib aku tak mati je, aku pown terus rembat bella punye. Kasut aku Sya Izz amik. Okey, result: kaki aku kotor! Ah, tak kesah.
 |
| tarantula |
Okey, main ni best. perlukan kerjasama dalam kumpulan. Naseb la kumpulan aku dapat path yang senang. Hehe. Jujur, tak pernah nampak izzat mohd sebegitu bersungguh. Syabas bro!! Haha.
Belajar break clap ngan segala macam clap jadi rutin dowh. Oh ya, pergi gua batu madu. Snap2 gambar, engat nak masuk sungai. Tapi naseb la xmasuk lagi coz air keruh. Nanti kotor baju, eheh. Ada main sukaneka gitu. Jadi musuh kumpulan 10 jap, lawan ngan diaorg main tarik tali.. Result, kumpulan kiterorang menang, yeay! First time menang dalam semua pertandingan yang kiterorang masuk. Em, oh ya. Jadi baik dengan kumpulan 10 sebab kumpulan kiterorang kene gabung ngan diaorang. Kene buat sketsa. Ya, walaupown kebanyakan budak xpaham apa yang kami cuba sampaikan, tapi memang lucu la. Aku dah tergelak golek golek dah bila hafiz (ustaz aka ayah, hux3) cakap dia tak engat apa2 bila sampai atas pentas. Main bomoh2 jap atas pentas tu. Then malam last, dengar ceramah sikit n tengok slide show gambar2 sepanjang kiterorang ada kat sana. Paling best sekali part ada gambar eda, gambar eda mahal tau. Dia jarang kalau nak amik gambar dia. Dia prefer jadi jurugambar, hehe. Jadi aku bertuah..
 |
| yaaaakkkk, adik tuuuuu.. |
Oh ya, petang last duk kat sana, My family round pasar kat gua musang. Aku ni memang la dah lama tak pergi pasar. Nampak pelik sangat ada ramai orang walhal perkara tu dah biasa berlaku. Adala beberapa keping gambar yang diambil, nak kata malu, tak sangat. Dah tak kesah dah kalau orang tengok n cakap, "diaorang tak pernah pergi pasar ke?? dalam pasar nak amik gambar jugak??" Dah memang kiterorang tak pernah pergi pasar kt gua musang, nak buat camner kan?? huhu.
Hari last, sempat lagi posing untuk budak2 SMKANI.
 |
| Mana syiqin n kak fauziah hah???? |
Bila naik bas, terus blah. Hehe, rasanya perjalanan balik better kot coz memang dah set dalam kepala akan sampai rumah, so no worry. Perjalanan pergi kan, tak tau nak sampai bila. Kejap2 tengok luar n cakap dalam hati 'bila nak sampai ni'. Bila bas berhenti tepi jalan, 'dah sampai' padahal Kampung Batu Papan kene masuk dalam lagi. Aduhai.... Apapa pown, kem ni memang best, i'd got many new friends, got new experience, got many knowledges n got 'new family'. Miss that so much!!
p/s: teringat-ingat je bila along jadi macam mak yong o wteva lam citer brainscan tu.. Lawak2.
: tq 4 da pic
sya izz,
ha-ziem.
Labels: cerita