♕ beautiful night~ subhanallah... :) ♕
Saturday, 12 November 2011, 01:21 ϟ 0
Cantik malam ni.. tak caye? keluar rumah, pandang atas dan cari bulan dengan bintang-bintang.. cantik kan? aha.. *suka2*
malam yang indah
bulan terang bersembunyi di balik awan
jutaan bintang berkelipan
bagai berjanji untuk menemaniku
malam ini~
ohoo.. jiwang eh? ayat tu macam ada something yang tak kena. Kalau dengan cikgu, ayat tak harmoni. tapi aku tak kisah sebab aku bukan budak sastera(artistik), dan mood jiwang ni datang sekali dalam setahun je.
Ingat lagi masa kem unit beruniform tahun ni. Aktiviti kembara malam, jalan sampai nak tercabut kaki. Memang tak pernah rasa selenguh dan sesakit macam tu sebelum ni. Dah la dalam gelap, takde torchlight, bengang betul rasa. Sampai kat tepi pantai ada kilat kat sebelah laut. Kat sebelah darat ni pulak, waaah, langit ada mega-mega merah gitu + bintang+bintang+bintang+biru siket+warna hitam. Cantik! memang speechless la masa tu. Rasa nak grab n tampal kat blog, biar jadi layout. Haha. Tapi jauh sangat kan.. Takpe, syukur sangat-sangat sebab Allah bagi peluang tengok ciptaanNya yang sangat cantik. BEAUTIFUL~
Labels: Her Feelings, Her Story