♕ crosscountry smkani 2012 ♕
Saturday, 21 January 2012, 16:44 ϟ 0
salam!
minggu ni ada aktiviti merentas desa 2012. eksited dowh, ada dua kali latihan, hari isnin dan selasa, pertandingan hari rabu.
hari rabu, cikgu bagi banyaaak sangat homework, sebab nanti ada 5 hari cuti, sambung terus dengan cuti raya cina! biasala, semangat je bila sebut pasal cuti ni. tapi kena ingat la, cuti pon cuti gaks, homework kene buat, kena study sebab bukak sekolah nanti nak exam TOV. takkanla nanti nak terkulat-kulat bila bukak paper exam kan? tak mau la, jadi, semangat study dan bersedia tu kena ada!
hari khamis, berkumpul dekat tapak perhimpunan, stretching sket, kasi longgar segala urat. yang best nya, Husna Madiha pon join gak, selepas dua kali
escape latihan, dan ni merupakan kali pertama dan kali terakhir bagi beliau untuk menyertai benda-benda macam ni. kira melakar sejarah mencipta kenangan la ni. hehe. lepas stretching, bergerak ke pintu pagar sekolah, lelaki dulu. semua jadi macam eager giler nak berlari. bila cikgu lepas, nampak amirul adli berada di depan sekali. :D okei, turn perempuan pulak, bila cikgu lepas je, semua mula berlari. kecuali kiterorang yang hanya berjalan jek. mula-mula duk kat belakaaang sekali. lepas tu barula start berlari. bersama nadia, husna, syahirah. tengah-tengah berlari tu sempat lagi la duk sakat-sakat kawan. macam2. :P



okeyh, lepas berlari, rehat jap makan nasik sambil borak-borak kat pondok. lepastu merayau habis satu sekolah. aku la yang bagus, orang lain sibuk buat homework, aku pergi jalan-jalan. tengah-tengah jalan tu, nizam cakap 'rumah khalid no 1' oh yeah! alhamdulillah, kan aku dah kata? khalid is da best punya! then berkumpul dekat pondok-pondok untuk acara penyampaian hadiah pulak. masa setiap kali cikgu announce pemenang yang ahli khalid sumbang, budak laki terus je sorak dengan kuat. macam eksitedlah. diaorang pon sempat lagi gaduh dengan ahli rumah zubir. masa cikgu announce rumah khalid juara keseluruhan lagila kuat diorang tu bertempik. --"bagusla rumah khalid tahun ni!
hari last cuti *selasa* kena pergi kem al-fateh kat rakan muda belakang rumah tuh. rabu,khamis absent sekolah. jumaat, sabtu cuti hujung minggu, ahad dan dua minggu seterusnya exam TOV. whoa. cikgu da cakap, kalau tak capai target kena denda nanti, jadi syafiqah nak kena denda ke? ho.ho. jadi tambahkan vitamin rajin dalam diri ye untuk study segala subjek f4. jadi macam syahirah yang rajin dan jadi macam husna yang best student tu. :P
p/s: gambar lain lepas exam yach, ni sebab budak afiq buat-buat tak engat nak bawak kamera.
kredit:
husna madiha
p/s ii: kat ne eh boleh beli buku teks? nak beli buku teks sejarah, PQS, PSI, A.S.A.P!
Labels: Events 2012, Her Album 2012, Her Friends, Her Reminder, Her School, Her Story