♕ sambutan maulidurasul 2012~ ♕
Saturday, 25 February 2012, 11:39 ϟ 0
salam ukhwah semua~
minggu ni minggu balik, *sorak* rasa malas je nak berkemas petang khamis ari tu. rasa macam nak baring je atas katil dalam dorm tu. sebab ada je yang tak balik minggu ni, sahabat-sahabat yang ingin menimba ilmu dan mencari pengalaman. Diaorang ada kem Majlis Thaqofah Islami yang dianjurkan oleh BADAR SMKANI. :) dengar macam best kan? hehe, adik kesayangan pon pergi jugak. hoho, take care ye semua!
okei, nak cerita pasal sambutan Maulidurasul 2 minggu lepas..
hari Selasa, 14 feb. rumah tariq ada buat perjumpaan. 'rumah khalid ni bila nak buat perjumpaan ek?' lepas habis kelas, jumpa dengan tecer junit, dia bagi kain putih, berus n kaler. nk buat kain rentang nih. lepas tu jumpa dengan cikgu tengku zaleha lak nak design kain ni kan. dalam kekalutan tu, pergi makan adala dekat pukul 3.30. kira lambat laa. naik dorm tarik pqoh ajak pergi kat cikgu balik. petang tu dekat pukul 5 lebih barula pergi solat asar. :D
malam tu, pergi balik dekat bilik akses, nak sambung. tak buat apa pon. just tekap huruf n kaler yang besar-besar. jahat kan aku? tak fikir pasal kawan-kawan pon. sampai ada yang terasa terkecik hati. T_T masa tu Allah je la yang tahu betapa rasa bersalah bersarang dalam hati ni sebesar mana. tak lama sampai kat bilik akses lepas solat isyak, geng muslimin datang. nizam dengan junior dia. budak-budak form 4. Masa tu barula aku perasan yang aku ni tak kenal mana budak lelaki form 4. jadi masa tu la ada sedikit taaruf dengan diorang. budak baru dari imtiaz, iqbal. aiman, anak buah aku, jipah aka huzaifah *cantik nama dia!*, faiz, zarfan. lepas pindah kain ke bilik ERT, diaorang balik, tinggal aku dengan eda jek. malam tu pukul 12 lebih berjalan balik dengan eda naik dorm. Erat je eda pegang tangan masa lalu tempat gelap. huhu
esokkan tu, rabu, 15 feb, buat perjumpaan rumah khalid dekat surau. bincang punya bincang decide nak pakai baju jubah dengan jilbab putih. malam tu pulak sambung buat kain rentang dekat bilik ERT. meriah la.. ramai yang ada. akak-akak form 6 sibuk goreng cekodok untuk cikgu makan. kiterorang sibuk dekat bilik jahit. masa tu la, sempat lagi nik chong cakap. 'tak oyak awal-awal buat kain rentang kat sini. kalu dop aku wak comey doh' pergh! padahal dia sibuk dengan bola tampar. kak jenz, ada n aku buat qasidah selawat untuk gantung dekat khemah. kak farah n friend jahit tepi kain nak letak batang. muslimin sibuk topup balik kain tu. sebab nampak simple sangat diaorang cakap. ye la, kain rentang rumah lain cantik-cantik lagi. ada gambar orang tadah tangan la, unta la bla3. tapi last-last jadi okei la kiterorang punya kain rentang, sebab tak terlalu bolops. dalam kepala masa tu, pertandingan kain rentang ni mesti dapat kat rumah lain punya. huhu. lepas tu sibuk makan-makan pulak sebab cekodok tadi ada banyaak sangat lebih. jadi makan la sampai kenyang. tambah pulak petang tu tak makan. memang bunyi keroncong la perut ni. lepas tu yang lain naik bilik sebab masa tu dah pukul 12 rasanya. tapi ada je lagi budak rumah-rumah lain yang duduk kat bawah tu. siapkan barang-barang. aku, kak jenz, eda pergi surau pergi tengok and baiki bunga manggar sambil cakap-cakap. banyak sangat cerita yang kiterorang kongsi masa tu. memang betul-betul spend masa dengan kak jenz n eda laa. tak lama tu. zarfan datang. kata nak suruh eda tengok khat basmallah dekat atas kain rentang tu. then, geng musimin form 4 datang kat surau dan sambung balik kaler khat basmallah tu. keseluruhannya, okeyla kain rentang kiterorang. lepas siap semuanya, letak kain rentang dalam surau. naik dorm. pukul 2 pagi. memang letih sangat. tapi best la. first time ada pengalaman macam ni. kira ada hikmah jugak la kan aku masuk asrama awal-awal tahun ni.
16 feb, sibuk dengan berkumpul depan surau. bahagikan reben nak letak atas kepala. masuk tahun ni, dah dua tahun la tak join perarakan keliling kampung sambil selawat. baju muslimat rumah khalid la yang paling seragam. yang muslimin je. ada kaler purple. geram jugak. tapi takpe la.. lepas susun barisan, pergi bilik ERT cakap-cakap dengan akak-akak form 6 sambil sambung buat qasidah. berjalan merata tengok khemah. lepas budak-budak yang pergi belarak tu balik, ada persembahan pulak. khemah dah siap, budak form 5 dah urus dengan cikgu. simple je. sampai masa persembahan. rumah khalid la yang TERBAIK!! sebab kiterorang ada fifi and the geng~ selawat diaorang best sangat sampai rasa macam nak suruh diaorang nyanyi lagi sekali. hux2. okei, dah. hari tu khalid gondol 3 hadiah. johan untuk sambutan, naib johan untuk kain rentang dengan apa ntah. tak engat. hehe. tapi yang kain rentang tu la paling tidak disangka sama sekali. sebab kain rentang rumah lain lagi cantik kan? *
eceh, dah riak tu* johan keseluruhan dapat kat rumah zubair. tahniah lah ye. :)
sepanjang dua hari persiapan memang letih plus happy. kalau macam biasanya, aku akan bangun kalau syahirah bangun. sebab dia tidur atas aku, dan bila dia bangun katil tu akan bergoyang-goyang, dengan mudahnya aku akan bangun. tapi dua hari tu, aku terkejut pon. *nak cakapnya letih sangat* :P yeah, sweet memory. khalid is the best!!
petang ni kena balik hostel. :) :( sekarang baru dapat rasa betapa bestnya dapat duduk asrama. huhu. dah last year pon syafiqah eh.. adoi..
Labels: Events 2012, Her Friends, Her Memories, Her School, Her Story