♕ 3 January 2013 ♕
Sunday, 6 January 2013, 00:45 ϟ 0
Selamat Tahun Baru. Semoga semuanya rasa semangat untuk menempuhi tahun ni dengan azam-azam baru, tentunya.
Rabu, 2 Jan
Malam tu sibuk text budak-budak ni. Syairah, si budak SBP ni katanya mau datang, tapi tak jadi pulak. Tak pe lah. Lain kali, ada rezeki kita jumpa lagi kan. So texting punya texting. decide nak pergi sekolah esok. Sempat lagi Husna pesan suruh bawak novel SI punya.
Khamis, 3 Jan
Bangun awal-awal, pergi sekolah dengan van sekolah. haha, lawak pon ada. Tapi sape lagi kan nak hantar aku. Takkan nak pergi jalan kaki kot. SI cakap 'nostalgia'. Sampai kat sekolah berkumpul dekat Unit Bimbingan dan Kaunseling, tempat rasmi berkumpul sejak Form 4 lagi.
Amni ada. Syahirah ada. Qilah ada, SI ada. Macam tak sia-sialah pergi kan. Tak lama lepas tu, SI datang, buat surprise la kononnya, tapi aku dah agak dia datang. Tetiba je bawak keluar 4 buah buku dari beg dia. 'Nah', and I was like 'waaah, banyaaknyaa.' haha bila la nak habis baca ni. Kira menjadila surprise mu tu.. Lepastu Syahirah pulak datang dengan 1 beg besar novel. Terus je rembat Qilah punya 2 bijik. jadila semuanya 10. walaupun agak boring, tapi dapat borak-borak dan tukar fikiran dengan Qilah dan Amni. Bila la lagi dapat cakap macam ni. Jumpa pulak dengan junior adik-adik sayang. Budak pengawaslah tentunya. Hidayah dengan Wani nampak macam eksited je dapat jumpa aku #perasan# Adiya nye yang malu-malu kucing nak cakap. Siti Hajar yang nampak selamba je tengok aku. #padahal dalam hati rindu la tu :P# Dah matured dah adik-adik aku ni.. Semua dah ada tanggungjawab masing-masing. Jadi adik-adikku, buat kerja elok-elok. Amanah dengan kerja. Jangan ambil mudah je kerja-kerja tu. Komited. Tapi janganlah suka cari pasal macam akak korang yang sorang ni. hahah.
Jumpa dengan cikgu-cikgu. Ramai je cikgu yang cakap 'dah besarla awak-awak ni. Dulu form 2 nampak kecik-kecik je. Pastu buat apa kat rumah cuti 3 bulan?' waaa, soalan yang sama je hampir dari cikgu-cikgu. Agak cam malu jugak la kan kata duduk saja-saja je kat rumah bina badan. Nasibla..
Hari ni, 5 Jan. Kawan-kawan yang kena pergi PLKN semuanya bertolak dari stadium mini belakang rumah ni. Tadi nampak macam crowded gila. Tetibe je macam nak ikut sekali. mesti best kan? I am already miss Ipa. How's she doing huh?? harap-harap dia okey je. Ingat je ayat dia 'taula mu rindu aku'. Tadi baru je text dengan Syiqin. Dia cakap semua okey, ncet dia tak ambik lagi. Ada probs nak tidur. Biasala kan, tempat baru. Lama-lama nanti, she'll get use to it. Amin.
Balik dengan 3 buah beg. Asalnya 1 je, tapi jadi anak 2. Rembat beg yang orang punya satu sebab nak letak buku 10 tu punya fasal. Fail yang Syahirah bagi tu satu lagi. Apa-apa pon, akan kuhabiskan buku-buku ni. InsyaAllah. #semangat#
Read! In the name of Lord, who Created! [96:1]
adios!
Labels: Her Album 2013, Her Feelings, Her Friends, Her Memories, Her School, Her Story, Her Strength, Her Thought