♕ last post of 2012 ♕
Sunday, 6 January 2013, 00:06 ϟ 0
Assalamua'laikum..
okey, dah sejuk. Hee
'Awak kan cool'-Eisyatun. Dia selalu cakap macam tu. Tak nampaklah aku ni coolnya di mana.
Mungkin post terakhir di tahun 2012 ni. Mungkin. 2012, Form 5 di SMKA Nurul Ittifaq. Walaupun tersimpan sekelumit rasa kesal di hati, masih ada kenangan yang terlakar di sini.
Tahun ni lah di mana aku menyemat azam akan duduk asrama dari awal tahun sampai habis. Alhamdulillah berjaya walaupun keluar beberapa hari awal. Sepanjang di asrama ni lah ada ceritanya dengan kawan-kawan, exco asrama, *ehem2* surau, seram, lucu. Semua ada. Tahun ni jugakla aku berdepan dengan pelbagai pengalaman yang mendewasakan. *cewah*
Yang paling aku tak boleh lupa kisah lucu Nazifa and da gang. Sampai sekarang aku ingat. Aku terkenangkan saat bercakap dengan dia dalam surau masa prep malam. Nostalgia sungguh. Dan cerita dengan budak dorm A102: syahirah, Misya, Husna, Piqoh, Hani, Iqa, Hanis, Mirah, Azlina. Pahit manisnya biarlah disimpan dalam hati.
Tahun ni jugak, ambik exam SPM. Study.study.study. Macam dah takde perkataan lain dah masa tu. Tu je yang nampak. Tahun ni jugak pegang jawatan yang berat. Alhamdulillah, banyak belajar daripadanya. banyak diambil pengajaran daripadanya. T_T pahit manis kelat masam masin, semuanya ada. Masih banyak yang perlu dibaiki. :)
Kesimpulannya. SMKANI masih di hati. Guru-guru yang tersayang. Teman-teman yang sama-sama menempuhi suka dan duka, pelajar 5 Ibnu Sina sampai Ibnu Jrir.Ya Allah, berkatilah kami dan hubungan kami hingga ke syurgaMu. Amin.
students 5 Ibnu Sina 2012
di Hotel Midtown, Terengganu. semasa Akedemi SPM
berkhemah di rumah Aifaa semasa SPM
me name!! :D
#this post suppose to be published 31 disember ago.. :')
Labels: Her Album 2012, Her Feelings, Her Friends, Her Memories, Her School, Her Story, Her Strength, Her Thought