♕ my bad ♕
Saturday, 9 March 2013, 21:18 ϟ 0
bosan!
tulah yang aku rasa sekarang ni.. Dalam nasyid raihan ada cakap 'lapang sebelum sempit' dan selepas tu 'hidup sebelum mati'. Betapa hari-hari yang telah berlalu telah aku sia-siakan. *heavy sigh*
kalau cakap saja pon takde guna. tindakan takde, habuk pon takde. shoot.
Setelah baca entry yang di share oleh sahabat di fb, tentang maksud As-Somad. As-Somad yang bermaksud tempat meminta segala sesuatu. As-Somad yang terkandung dalam surah Al-Ikhlas. Rasa macam ada penampar invisible yang datang tampar muka bila penulis cakap, 'kita? suka baca surah tu sebab pendek' waaa. aku lah tu. Nampak sangat kan? :(
Aku sangat-sangat bimbang tentang permohonan upu ni. Tu la, pandai-pandai sangat kan. Hisy... Lambat siot page dia ni. Mencabar kesabaran aku.
Result SPM 2012 dalam 1 minggu je lagi. Kebimbangan aku sampai terbawa dalam mimpi. Cuak! sangat-sangat. Dan semua orang sibuk buat countdown. No offense but it's so dead annoying. Aku sekarang hanya dapat prepare untuk terima segala-galanya apa adanya. cehs, ayat. Redha. Payah sebenarnya. Betul. Untuk aku redha dengan result tengah tahun last year pun, alahai. Berapa banyak masa yang aku perlukan. Aku tak nak ambil masa yang terlalu lama untuk redha. Betapa hati ni kena letak banyak lagi kena clorox, berus dengan berus besi. -_-"
bila kita bosan, maknanya kita lapang. dan bila aku lapang aku buang camtu je masa tu. Betapa aku menzalimi diri aku sendiri. :(
Labels: Her Depression, Her Feelings, Her Note to Self, Her Reminder, Her Strength, Her Thought, Her Words