♕ entry yang tertangguh ♕
Friday, 13 December 2013, 21:17 ϟ 0
Jadilah
macam burung, yang rezkinya tak tahu dimana. Keluar pada waktu pagi dengan
perut kosong dan pulang dengan perut yang kenyang. Disebabkan pergantungannya
hanya kepada Allah, adanya kepercayaan kepada Allah, keyakinan kepada Allah.
Apa yang telah ditakdirkan menjadi rezki kita insyaAllah akan sampai kepada
kita. Put your faith in Allah, fighting till the end and never give up. Always
pray or the strength as we, annaas are so weak that we are absolute nothing
without Allah.
Setelah
monolog dalaman yang maha banyak hari ni, the
‘I-just-cant-help-but-to-compare-myself-with-others’ thing and more crap
thoughts, bukak quran dekat yang tanda tu, pastu Allah kasi reminder
tepat-tepat straight to my heart.
‘And
We have already created man and know his soul whispers to him, and We are
closer to him than (his) jugular vein. When the two receivers receive, seated
on the right and on the left. Man does not utter any word except that with him
is an observer prepared (to record) quran (50:16-18)
Tu
siyesly Allah tujukan dekat aku. Sebab banyak sangat benda merapu yang setan
duk bisik kat telinga despite dengan ketahuan aku sedia ada bahawa semua benda
ada hikmah yang kita tak tahu, Allah bagi semua benda yang terbaik untuk kita
dan kita hanya perlu meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada Allah. Usaha tawakkal, redha. Tapi tu laa, kita ada ilmu,
sebab tu laa ilmu ni dikatakan memelihara kita, walaupun setan dah bisik
macam-macam, kita masih boleh reflect balik dengan ilmu yang ada dalam dada
kita ni.
Lawan
piqah lawan. Allah nak uji sebesar mana kasih sayang mu kepada Allah. Sebesar
mana jihad dan mujahadah yang selalu kau sebut-sebut tu. Jangan putus harapan,
kalau betul Allah dah takdirkan kau berada dalam jalan ni, Allah akan mudahkan.
Cuma kau yang kena usaha lebih. Kena kuat lebih. Jangan senang sangat nak
goncang-goncang lepas tu jatuh macam cempedak. Namapun menuntut ilmu tu satu
jihad, dah bila namanya jihad, mestila tak senang kan? Sebab nak dapat sesuatu
yang manis tu pun tak senang, supaya bila kita dah melalui susah peritnya nak
dapatkan sesuatu yang manis tu, dan bila kita dapat manisnya kita hargai manis
tu. Kita tak suka-suka hati buang bila dh dapat.
Kau
pun dah janji taknak banding-bandingkan dengan orang lain. Kita seharusnya
gembira untuk orang lain tu.
Dan sebab tu jugak kita tak boleh nak judge orang
cepat sangat. Kita tak pernah tahu apa yang orang tu dah lalui untuk sampai ke
tahap tu. Kita tak tahu pedih perit yang dia rasa untuk dapat sesuatu tu. Dan
bilamana kita melalui sesuatu jerih perih pedih sakit yada yada tu mestilah di
sepanjang perjalanan tu yang membuatkan orang tu jadi macam dia hari ni. The
fact that people do change along the way, that make them better, stronger,
matured, and so on. Walaupun orang tu tak suka, dan ada orang tu suka. And the
fact that our heart do change too, as it have been held by Allah Himself. Yang
Maha Berkuasa dalam segala sesuatu. Yang boleh je ubah hati kita 360 degree
kalau itu yang Allah nak. Ya, kerana Allah yang Maha Berkuasa, tak kira dah
dengan apa yang pernah kita buat dulu, kalau Allah nak bagi hidayah, no one can
stop.
Maka,
berdoalah piqah. Doa dekat Allah banyak-banyak. Allah Maha Mendengar. Even apa
yang ada dalam hati pun Allah dah tahu, why not kita kuatkan lagi dengan sebut
kat bibir ni. Tegaskan lagi dalam doa kita. Orang yang macam mana yang kita nak
turn out to be. Golongan yang mana kita nak Allah masukkan. Sebab piqah, kejar
dunia pun tak guna kalau redha Allah tak dapat, bukan akhirat yang menjadi
tuju. Ingat balik sebab kau dihidupkan atas dunia ni. Ingat balik.
Ps:
too many ‘sebab’ dan ‘kerana’ I guess. Haha.
20131204:2251
Labels: her feeling, Her Reminder, Her Strength, her u life, her usim