♕ comfort zone vs susahkan diri sendiri ♕
Thursday, 19 February 2015, 02:04 ϟ 0
Rasa macam menulis sekarang jadi macam kerja sekolah, kena paksa diri baru nak buat. Rasa macam homework karangan yang nak kena hantar, lepas tu malam due date baru nak buat, stay up late, kalau tak pun bangun pukul 4 sebab nak buat karangan. dulu masa spm macam tu laa.
hari sabtu baru ni pergi ke seminar Sebelum Aku Bernikah. masa tengok poster tu dah terdetik dalam hati nak pergi, kebetulan kak tips dan kak hanisah pun nak pergi jugak, jadi kak tips tolong daftarkan sekali since kalau daftar ramai-ramai dapat harga lagi murah. dan masa nak pergi tu, rezki ada kawan yang bawak kereta pun nak pergi, jadi kami 8 orang naik dua kereta pagi sabtu tu ke UIA Gombak, perjalanan dalam masa sejam, sebab sesat haha alhamdulillah sampai, terus ke dewan CAC yang besar gedabak tu. Dewan tu besar gila, dan dewan tu jadi dewan untuk majlis konvokesyen pelajar, muat 3k orang dalam dewan tu. dari awal sampai habis, memanglaa nak suruh aku fokus dari awal sampai habis tu memang dah tak laa sebab petang tu dah syahid atas kerusi, tapi survive ahh sampai malam.
kenapa aku pergi? sebab aku rasa sem 1 aku sangatlah takda apa-apa perkembangan. aku tak pergi keluar mana-mana, tak involve dalam apa-apa. jadi aku dah tekad, aku kena jugak push diri aku buat sesuatu yang berguna untuk diri aku, cari pengalaman. sebab tu yang penting, pengalaman tak dapat kita belajar dalam kelas. tak boleh nak 24/7 duduk dalam comfort zone study je semedang. dia macam muscle, muscle kalau tak gerak, tak buat apa-apa akan jadi stiff. sebab tu orang yang comatose dalam satu period masa yang lama ada kesukaran untuk berjalan, and so on. dan sebab tu jugak kau kena excercise, gerakkan semua muscle tu. bagi tekanan sikit, baru laa kuat. dan satu lagi sebab, yeah, mungkin sebab tajuk dia. sebelum aku bernikah. memang most of the participants yang pergi tu pun masing-masing dah ada orang dan ada perancangan untuk kahwin, tapi menimba ilmu tak salah kan? walaupun aku belum ada orang lagi, tak semestinya nak kena tunggu ada orang dulu baru sibuk nak belajar semua benda ni.
ada satu penceramah tanya, kita belajar untuk bekerja ni ambil masa berapa tahun? ramai cakap 4 tahun, kalau kau budak medical, 5 6 tahun nak habiskan belajar. tak campur kau nak sambung master phd ape. semua tu hanya untuk kerjaya kau, tak masuk dengan ilmu yang kau nak timba untuk akhirat kau. berapa tahun? jujur kalau aku sendiri pun, secara tidak langsung saja, tak ada nak betul-betul follow kelas yang belajar pasal agama, hanya usrah tiap-tiap minggu, talk dekat youtube. sama jugak dengan ilmu perkahwinan, it is like for your lifetime kut, kau nak hidup dengan dia, tapi berapa banyak masa yang kau spent untuk timba ilmu ni? haha macam convince orang dah aku ni.
isi? hmmm setakat yang aku ingat, para penceramah sangat menekankan tentang prioriti cinta kita hendaklah meletakkan Allah no satu, Rasul yang kedua dan yang seterusnya kau susun sendiri. kalau aku parents akan jadi no 3. berdasarkan prioriti kita, kita akan bertindak mengikut kecintaan kita, kan? thats what priority should do. utamakan yang penting. dan yang seterusnya, paling penting untuk persiapkan diri kau sebelum kau kahwin. persiapkan diri dalam pelbagai aspek, terutamanya dalam agama kau. sebab agama adalah cara kau hidup. dan ada penceramah yang menekankan tentang kematangan, dari segi fizikal, spiritual, mental. beliau cakap, umur tidak menentukan kematangan seseorang, maksudnya tak semestinya kau dewasa, kau matang. dan tak semestinya kau budak-budak kau tak matang, matang adalah sesuatu yang kau usahakan untuk mencapainya, atas diri seseorang tu. perancangan pun penting, cara kau merancang masa, hidup kau, ekonomi kau. tu antara isinya, ada banyak lagi sebenarnya tapi memang jadi karangan bermuka-muka surat laa kalau aku tulis kat sini.
dekat seminar tu jugak berkesempatan beli buku biografi Tok Guru Nik Aziz. hmm, rasa nak lempang diri sendiri je, bila dah takde baru sibuk nak kenal. masa beliau ada dulu tak sibuk nak tahu. Tapi siyes aku cakap, sedih sangat masa menerima berita ketiadaan beliau, namun aku rasa beliau lebih pada gembira dapat kembali pada Allah.
malam tu dapat tidur di rumah kawan kepada kawan aku, yang study law dekat situ. feeling-feeling budak uni sangat, macam dekat usim, sebab kawasan dia luas, bukan satu bangunan kotak macam kolej aku. ada banyak pokok dan haiwan, udara memang fresh tak macam cyberjaya haha ya Allah tolong bersyukur syafiqah... esokkan tu bertolak dari UIA pukul 9, sampai cyber dalam pukul 10, dua malam berturut-turut tidur lewat, sebabnya menyiapkan prescription dengan lab report. awal-awal tak nak buat, memang selalu sangat terjadi hmmm.
then dapat cuti raya cina awal sehari daripada orang lain sebab kolej aku ada Chinese, usim takde so berangkatlaa petang lepas kelas tu ke Ampang. naik train dari Putrajaya sentral ke KL sentral, turun, transit dekat masjid jamek ke cempaka. perghh jauh gila kalau naik train tapi ye laa senang, terus sampai destinasi. best sebab first time travel naik train sendiri so dapat tahu macam mana nak naik train, nak baca maps macam mana nak beli token hahaha. sebab jarang masuk kl, naik monorel pun tak biasa lagi. KLCC pun tak sampai lagi, lagikan IOI putrajaya pun tak pernah sampai lagi. Sampai dekat Gland View, rumah budak dentist medic USIM ni memang perghhh kebesaran rumah tu kau nak main berlari-lari dalam rumahtu pun boleh, tak macam apartment yang aku duduk sekarang. Kedai-kedai banyak kat bawah tu, transport awam pun senang nak dapat, nak p KL naik LRT je, kat cyberjaya nak ekses susah sikit sebab bangunan semua baru nak naik, macam kat seberang jalan tempat aku duduk ni baru tengah bina dan aku berharap sangat ada banyak kedai bukak nanti senang tak payah nak susahkan orang tumpang nak keluar cari barang ape. Jumpa kawan-kawan semua, update cerita-cerita, tapi sayang tak jumpa dengan sarah sebab dia pergi umrah. haha dia pun sedih tak dapat jumpa aku ececece. lepastu sempat jalan-jalan dekat masjid india dan jalan tar je, sebab masa singkat. :(
sekarang aku sangat-sangat push diri aku off limit, macam kalau nak kena volunteers jadi committee untuk program ke, rasa sangat nak join sekali, tapi aku rasa kebolehan aku yang melimitkan aku, aku tak rasa ada keyakinan nak buat sesuatu perkara. kalau dulu bolehlaa orang suruh kita buat itu ini, sebab diorang nampak potensi dalam diri kita, cuma kita je yang tak yakin. sekarang memang nak kena korek sendiri laa. tu yang aku sign up untuk join pergi gua tempurung tapi takda rezki nak pergi sebab masa tu tak sihat. then, aku join jadi ajk untuk majalah fakulti yang mana aku rasa memang aku cari nahas sebab nak kena tulis artikel lagi, haha takpe, kau nak cari pengalaman kan?
naik cuti ni belajar seminggu, terus mid sem, 4 hari berturut-turut ada kuiz, study tak start lagi,tu yang paranoid nak duduk ampang lama-lama. mohon kat diri sendiri untuk jadi lebih produktif lepas ni XD
Labels: Her Day, Her Feelings, Her Memories, Her Story, Her Strength, Her Thought