♕ ♕
Thursday, 21 July 2016, 21:44 ϟ 0
Hellooo
Ok setelah memalaskan diri dengan agak lama makanya hari ini berjaya buat donut. Nilah seorang syafiqah yang masak lepastu rasa approved tapi presentation dapat kosong. Kalau setakat aku sorang je makan kisah sangat lah kan rupanya macam mana, asal sedap mulut aku, kenyang pun dah bahagia. Tapi bila bagi orang lain makan ni macam lain pulak feeling dia tu. Rasa dengan presentation dapat markah asing-asing. Kalau rasa sedap tapi presentation ke laut pun kena kritik. Sakit nya tuh disini tapi aku ambil positiflah at least ada yang makan dan puji jugak. Aku baru sedar penting jugak presentation makanan ni rupanya. Adik-beradik jenis kalau masak sedap diorang makan je takde nak puji melangit ke apa. Ibu ngan ayah pun jenis yang puji sepatah je. Ibu pulak kalau aku buat something macam baking ke atau macam tadi buat donut pastu tetiba tak jadi ke
macam tadi doh tu lembik pastu ibu yang tolong cakap tambah itu ini nak elokkan balik. Ibu cakap biasala tu buat kadang-kadang tak jadi.
Jenis masak something pastu procrastinate tulis dalam buku pastu mula lah lupa la padahal donut tu haritu dah buat dua kali kot pakai resepi lain-lain. Haritu punya donut siaap simpan dalam frozen sebab banyak. Tak tahula mana pergi semangat berkobar-kobar selama ni.
Dah decide nak ambil subjek veterinary untuk pilihan subjek sem depan. Kami boleh pilih sama ada nak buat vet atau public health. Macam senior, diorang kena pilih antara vet dengan cosmetic, pastu public health tu semua kena buat. Macam seronok kan buat macam tu. Bila dia buat public health ni pilihan macam rugi pulak tak dpat nak merasa buat program. Nervous jugak bila fikir nak masuk sem depan, lepastu nak buat research lagi sem 6 tu, semoga Allah permudah semuanya.
#Nak ambil subjek vet sebab Prof Adnan yang mengajar. Prof Adnan dia bagi study guide haha dekat kolej kami takde kena blajar communication ke bahasa ketiga macam bahasa cina ke, takde kokurikulum wajib kalau nk duduk hostel. Ada belajar English masa sem 1 dulu, sikit. Pastu budak2 tak berebut nak duduk hostel sebab hostel mahal. Ramai yang rela keluar, masing-masing pun ada kenderaan sendiri
kecuali aku.
#Ayah cakap 'tu laa along kalau along duduk kat IPG Batu Rakit tu ayah pun bagi kereta satu' takpelah yah dah lepas pun, ramai jugak yang tanya, tak menyesal ke aku tak pergi IPG tu tak tau lah nak kata menyesal ke tak, aku minat je english, literature semua, aku boleh menulis essay kalau aku paksa diri aku, time-time emo pun aku rasa lagi seronok menulis, aku suka mengajar tapi aku tak rasa aku suka nak cipta lagu-lagu untuk budak-budak, nak cat tu cat ni nyanyi-nyanyi ke berlakon ke tak reti lagipun aku tak suka sangat budak, aku boleh tolerate, kadang-kadang tu main-main sekali tapi bila diorang buat perangai aku dah malas kisah dah. Jahat kan tapi bukan nak cakap jugak yang aku ni minat sangat sains, Ibu lagi suka aku belajar sains walaupun ayah dulu suka kalau aku pergi IPG jadi aku ikut ibu. Setakat ni boleh bertahan berkat doa semua orang takde lah nak cakap aku excellent sangat duk kat kolej walaupun dulu selalu jadi pelajar harapan
haha acah Tapi aku seronok lah belajar kat sini, Kolej ada bagi banyak peluang kat kita, ada banyak benda boleh buat
#Nak baca buku yang banyak-banyak aku beli ni tapi tak terbaca, how laaaa :(
Labels: Her Day, Her Feelings, Her Life, Her Loves, Her Randomness, Her Story, Her Strength, Her Struggle, Her Thought