♕ November 6, 2019 ♕
Thursday, 7 November 2019, 07:00 ϟ 0
Jam tangan yang aku beli 4 bulan lepas entah ke mana. Aku cuba intai di tepi katil. Tiada. Atas meja solek, tiada. Dalam bekas kerongsang, tiada. Dalam bag galas, tiada. Tepi television, tiada. Dalam kereta, tiada. 'Adalah tu tertinggal di mana-mana'. Sudah perangai pun suka letak barang-barang sendiri merata, lagi tak boleh nak salahkan orang lain.
Hati aku tenang, hampir 4 minggu aku tidak berusaha mencari jam tangan. Sebelum ini pun pernah kehilangan barang, aku tidak kalut malah yakin barang itu akan aku jumpa lagi nanti. Jadi aku endahkan saja. Ribut siapkan slide presentation dan logbook untuk dihantar. Bos sudah bising suruh hantar logbook. Terlupa terus perihal jam tangan sendiri.
Pagi kelmarin aku masuk kerja macam biasa, sebab seorang pegawai kerja shift petang jadi kerja aku agak banyak pagi tu. Hari selasa pula, hari ward indent DD. Check &found DD dulu, kemudian cek ubat yang Dr order malam tadi. Berkejaran filling DD mengikut ward masing-masing, tulis dalam buku DD satu-satu. Biasa pukul 10am dah telefon ward untuk pastikan berapa orang patient yang perlu dikaunseling heparin, naik ward pukul 11 am. Tapi pukul 11.15 am baru telefon ward. Dah lewat 15 minit. 'Nak tunggu patient datang lagi, aduh'
Pegawai shift petang masuk selepas aku selesai kaunseling heparin. Katanya kerja di farmasi pesakit luar. 'Jomlah teman kitaorang kerja'. Elok juga, slide satu lagi ni progress patient tak habis lagi clerk. Kalau duduk farmasi utama mesti sembang dengan orang lain, tak siap kerja aku.
Usai solat asar, aku alih kereta supaya dekat dengan farmasi pesakit luar. Hujan renyai. Aku masuk farmasi dengan kesan basah hujan jatuh di tudung dan baju. Buka laptop, buka hotspot dari telefon pintar, buka WiFi di iPad, tekan shuffle di Spotify. Baca progress pesakit sampai maghrib. Pukul 7.30 pm solat magrib di belakang farmasi.
Habis solat magrib aku termenung. Farmasi pesakit luar disini akan ditutup. Bukan farmasi sahaja, malah semuanya. Tiada lagi klinik pesakit luar di HSNZ. Rancangannya mungkin sampai hujung tahun ni sahaja. Paling lama pun sampai awal tahun hadapan. Akan ada satu klinik kesihatan baru yang akan dibuka. Dengar cerita agak besar juga. Jadi pesakit-pesakit jabatan pesakit luar akan pergi ke klinik kesihatan yang berhampiran dengan rumah mereka sahaja. Teringat 3 minggu attach di farmasi pesakit luar. Alhamdulillah, uneventful. Walaupun hari terakhir bos bising kenapa tak hantar logbook lagi. Masa tu dah putus asa nak buat kaunseling tulis manual. Rasa nak muntah. Tapi ingat jugak dia.
Sambil lipat kain sembahyang mata melilau ke arah rak yang ada di hadapan. Jam tangan warna hitam bersalut warna keemasan terletak elok disitu. Aku tahu itu jam tangan yang aku cari. Alhamdulillah! Jumpa juga akhirnya.
Labels: Her PRP life, Her Story