♕ Puding buih ♕
Saturday, 16 May 2020, 00:21 ϟ 0
Agar
Bahan A
- 1 bungkus agar-agar tali ~ 30g
- 3-4 gelas cawan air
- 2-3 helai daun pandan
- Gula sesedap rasa
Bahan B
- 3 biji Telur putih
- 2 biji telur
Bahan untuk kuah
- 2 sudu kastard utuk kuah pekat, jika nak cair 1 sudu shj
- 3 biji telur kuning
- 1 tin susu cair
- 3 tin air (ukur guna tin susu)
- 1 sudu kecil esen vanilla
- Daun pandan 2-3 helai
- Gula secukup rasa
Cara-cara:
- Masakkan bahan A diatas dapur sehingga agar-agar hancur, sejukkan.
- Putarkan telur sehingga kembang bertanduk.
- Masukkan bahan A yang telah disejukkan ke dalam telur yang kembang sedikit demi sedikit sambil putar sehingga habis, sejukkan di dalam peti.
- Untuk kuah, campurkan semua bahan di dalam mangkuk, kacau sehingga rata kemudian letakkan atas dapur untuk dimasak. Sentiasa kacau kuah dan tutup api bila nampak gelegak sekali teruskan kacau tanpa tutup penudung.
Tips and trick:
-Pastikan semua bahan yang digunakan adalah segar, telur yang baru dibeli bukan yang dikeluarkan daripada peti sejuk.
-Pastikan semua bahan dan alatan kering dan bebas daripada air. Lap semua bahan dan alatan, pastikan tangan juga kering daripada air,
-Untuk kuah, boleh guna ratio alternative; 1 tin susu cair + 1 1/2 tin air tanpa letak tepung kastard (kuah akan kurang pekat)
-Boleh tambah kismis dalam kuah jika mahu.
Labels: Her Recepe